top of page

PN gagal tangani Covid 19: Bentuk kerajaan darurat selamatkan rakyat


Kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani wabak Covid 19 yang dikritik hebat kalangan rakyat sejak kebelakangan ini memerlukan suatu penyelesaian radikal dan segera.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan PN yang sudah tidak boleh memberi solusi terbaik selain mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau lockdown dan merisikokan ekonomi negara seharusnya diganti dengan kerajaan yang lebih baik.


Katanya, beliau menyokong pendapat pemimpin Umno yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, baru-baru ini yang mencadangkan supaya dibentuk kerajaan darurat semua parti demi menyelamatkan rakyat.


"Bagi menangani masalah (keadaan yang berlaku ketika ini) kita mestilah bekerjasama dengan semua pihak. Sebab yang menjadi kerajaan itu pun mereka yang mendapat majoriti undi, manakala pembangkang kelompok yang tak cukup undi.


"Maknanya sesiapa yang ada dalam Parlimen, wakil kepada rakyat. Jadi cadangan yang dikemukan oleh Datuk Azalina itu bijak, kita mesti sama-sama duduk dan buat keputusan," kata Johari kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Johari yang juga Ketua Whip Pakatan Harapan memuji Ahli Parlimen Pengerang tersebut yang sekali lagi mencadangkan agar Parlimen bersidang kerana keadaan semakin mendesak dan memerlukan perbincangan anggota Dewan untuk menyelesaikan masalah.


"Beliau (Azalina) seorang yang berani menyuarakan yang hak. Membuka Parlimen adalah langkah perlu takala rakyat dan negara menghadapi masalah pandemik ketika ini.


"Ini (Covid 19) masalah rakyat bukan masalah orang politik semata-mata. Jadi untuk itu bagi menangani masalah ini kita mestilah bekerjasama dengan semua pihak.


"Kita mesti sama-sama duduk buat keputusan bersama sebab itu kita kata buka Parlimen dan bersidang semula. Dengan adanya persidangan Parlimen baharu ada idea-idea bernas, semua wakil rakyat dapat digembeleng," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page