top of page

PN abai prinsip demokrasi ketika krisis Covid-19

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 28, 2020
  • 1 min read

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) langsung tidak mencerminkan sebuah kerajaan berdemokrasi apabila enggan mengadakan sidang Parlimen khas bagi membincangkan krisis Covid-19, sebaliknya mengadakan sidang Parlimen selama sehari iaitu pada 18 Mei, tanpa sesi soal jawab.


PN abai prinsip demokrasi ketika krisis Covid-19

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia jelas menghina prinsip demokrasi yang diamalkan negara selama ini dan sengaja menggunakan alasan krisis wabak Covid-19 untuk menutup mulut blok pembangkang. “Dengan demokrasi yang diamalkan di seluruh dunia digunakan untuk mengadakan sesi legislatif untuk membincangkan pakej ransangan ekonomi dan mendapatkan pandangan yang berbeza dengan sebanyak mungkin tetapi kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk mengabaikan demokrasi. “Kerajaan gagal menggunakan demokrasi untuk menyatupadukan negara memenangi perang ini, sebaliknya menggunakan kuasa autoritatif sebagai cara terbaik untuk tangani isu ini,” katanya. Shamsul menyeru kerajaan PN supaya tidak membuang masa merangka strategi baharu dalam menangani krisis ekonomi pasca Covid-19. “Strategi baharu diperlukan bagi membangunkan semula struktur ekonomi yang bukan sahaja boleh menghidupkan enjin ekonomi tetapi juga pelan baharu untuk membantu ekonomi dan bantuan keselamatan sosial “Di sebalik krisis ini, ia mendedahkan kelemahan situasi sosioekonomi negara, situasi yang diabaikan sehingga ke hari ini,” katanya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page