Oleh: Noraini Nordin
SOROTAN HARI RAYA 2024: Sabtu dan Ahad anak-anak perantau yang pulang ke kampung untuk berhari raya akan mula kembali ke ibu kota.
Dalam banyak laporan daripada pelbagai portal berita, kebanyakan lebuh raya utama didapati mulai sesak dengan kenderaan sejak tengahari Sabtu lagi.
Sebagaimana lebuh raya sesak ketika mereka pulang ke kampung halaman sebelum ini, situasi yang sama berulang kembali apabila mereka mahu kembali ke ibu kota.
Bijak merancang perjalanan
Meskipun berjam-jam tersangkut dalam kesesakan adalah keadaan yang merimas dan meletihkan, tetapi apabila ia berlaku di hari raya, semua orang seolah-olah reda dengan keadaan itu.
Seperti kata seorang sahabat saya yang pulang beraya ke Pulau Pinang - "Kami reda. Sudah bersedia mengharungi perjalanan walaupun lebih sepuluh jam."
Seorang lagi rakan saya yang pulang beraya ke Ulu Tiram, Johor berkata: "Sesak macam mana pun perjalanan berbaloi kerana dapat bertemu keluarga tersayang.
"PMX urus negara dengan baik. Kami dapat beraya dengan ceria serta aman damai. Kami kena bijaklah merancang perjalanan," jelasnya ceria.
Inilah keindahan hasil kemakmuran negara, dalam rimas pun hati tetap gembira.
Peluang dapat beraya di kampung halaman satu kebahagiaan. Yang dapat wang sagu hati serta pelbagai lagi bantuan daripada Kerajaan Madani lagilah bergembira.
Tinjauan penulis ketika sambutan hari raya ini, beberapa bandar utama di sesetengah negeri turut berlaku kesesakan lalu lintas.
Di media sosial, antara yang dilaporkan berlaku kesesakan ialah perjalanan antara bandar di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain negeri.
Anak perantau yang pulang ke kampung terus ligat berhari raya menziarahi sanak saudara dan teman-teman yang lama tidak ditemui menyebabkan begitu banyak kenderaaan berada serentak di atas jalan raya.
Hasil kemakmuran negara
Hakikatnya, tidak ada siapa boleh menafikan mereka berjalan ke sana sini sambil mengunjungi tempat-tempat menarik adalah kerana keselesaan hidup, dan pastinya mempunyai lebihan kewangan dalam poket masing-masing.
Apabila negara diurus dengan baik inilah keindahan hasil kemakmuran negara yang sama-sama dapat dikecapi.
Tanpa kemakmuran negara, selain pelbagai bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Madani hari raya mungkin tidak semeriah ini untuk diraikan.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments