top of page

PMX umum beras import India turun harga, ringankan beban rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 7, 2024
  • 2 min read

ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: PMX terus gigih membantu mengurangkan bebanan kos hidup rakyat dengan pelbagai berita gembira.


Terkini PMX mengumumkan hasil rundingan dengan Kerajaan India, negara pengeluar utama beras itu bersetuju menjual beras dengan harga lebih murah.


"Kita berharap langkah ini dapat meringankan beban masyarakat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Majlis Peluncuran Jualan Termurah Madani di Kampung Masjid Timah, Pematang Pauh, Pulau Pinang.


Berita gembira untuk rakyat


Pastinya pengumuman itu amat mengembirakan rakyat Malaysia kerana PMX sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk memakmurkan kehidupan mereka.


Kini beras import sudah berjaya diturunkan harganya.


Penurunan harga beras import itu adalah hasil rundingan yang dilakukan PMX ketika lawatan ke India pada Ogos lalu.


Usaha amat berbaloi


Katanya, rundingan dengan kerajaan India itu diusahakan kerana kerajaan komited untuk meringankan beban rakyat, khususnya dalam memastikan barangan keperluan asas ditawarkan pada harga yang rendah.


ree
PM meninjau sendiri harga ayam yang lebih murah di Jualan Termurah Madani di Pulau Pinang

"(India) bersetuju menjual beras dengan harga lebih murah.


"Kita harap langkah ini dapat meringankan beban masyarakat," jelas Anwar lagi.


Dalam ucapannya, Anwar berkata, penganjuran program jualan murah seperti Jualan Termurah Madani mampu menjadi persaingan yang sihat kepada peniaga, sekali gus memberi tekanan pada harga pasaran supaya dapat diturunkan.


Beliau berkata, dalam program Jualan Termurah Madani yang berlangsung sehari hari ini antaranya menawarkan 1,000 ekor ayam dan 200 kampit beras secara percuma kepada pengunjung.


Jual ikan segar


Selain itu, katanya, pengunjung juga boleh membeli ikan segar yang harganya dijamin lebih murah daripada pasaran kerana diambil terus daripada bot nelayan.

ree
Noraini Nordin

"Ikan segar boleh didapati dengan harga murah jika diperoleh secara langsung daripada nelayan tanpa orang tengah.


"Sebab itu kita galakkan para nelayan untuk guna aplikasi berkaitan supaya orang ramai boleh beli secara langsung daripada mereka sekali gus mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran," tambahnya.


Sementara itu, dalam program tersebut PMX menyatakan rasa gembira dapat bertemu kawan-kawan lama yang hadir dan sempat singgah di Surau Kampung Belah Dua di sebelah tapak program tersebut.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page