top of page

PMX tiba di New Delhi, bawa Diplomasi MADANI ke Sidang BRICS Ke-18

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
10 hours ago
1 min read
PM Anwar tiba di New Delhi disambut permaidani merah. Foto: PMO
PM Anwar tiba di New Delhi disambut permaidani merah. Foto: PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di New Delhi, India bagi mengetuai misi diplomasi Malaysia sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.


Menerusi perkongsian terbaharu, Anwar memaklumkan beliau bersama delegasi Malaysia akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan dalam sidang kemuncak berkenaan.


Beliau turut memohon doa agar misi diplomasi Malaysia di India mencapai matlamat yang ditetapkan serta membawa manfaat kepada negara dan rakyat.


"Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18," katanya menggunakan istilah yang dibawa TPM Zahid Hamidi merujuk kepada PM dalam Perhimpunan Agung Umno semalam.


Anwar turut menyatakan harapan agar misi ke India menjadi ruang pembelajaran kepada generasi muda, khususnya dalam memahami bagaimana Diplomasi MADANI diterjemahkan dalam hubungan antarabangsa.


"Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan," katanya.


Penyertaan Malaysia dalam sidang berkenaan mencerminkan usaha negara memperkukuh hubungan antarabangsa serta memperluas kerjasama dengan negara-negara rakan di pentas global.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page