PMX Pemimpin Berani Selesaikan Isu 40 Peratus Hasil Sabah
- Abdul Rahim Razak
- 27 minutes ago
- 1 min read
PMX Pemimpin Berani Selesaikan Isu 40 Peratus Hasil Sabah
Ketua Keadilan Cabang Tenom, Herbert Roger menegaskan hanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang benar-benar berani untuk menyelesaikan tuntutan Sabah yang berlarutan lebih 50 tahun, berbeza pentadbiran terdahulu yang menurutnya “tidak pernah memberikan komitmen sebenar.”
Katanya, rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan naratif sempit pembangkang kerana PMX sudah menetapkan hala tuju jelas penyelesaian 40 peratus hasil negeri, selain banyak tambahan antaranya peruntukan khas RM600 juta dan pelbagai lagi inisiatif lain.





