top of page

PMX dapat jaminan bekalan minyak 20 tahun, PN bergolak kebajikan rakyat diabai

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) terus membuktikan keutamaan Kerajaan MADANI membantu rakyat apabila memastikan bekalan minyak negara terjamin, dan memperteguh polisi subsidi bersasar dengan menurunkan harga diesel bersubsidi.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Izuan Ahmad Kasim (gambar) berkata, pendekatan berunding dengan kerajaan Rusia yang diambil PM Anwar amat tepat berhubung jaminan bekalan petroleum sebelum mengumumkan bantuan berkaitan bahan api.


Hal itu, kata beliau berbeza dengan pembangkang Perikatan Nasional yang mempersoalkan semua polisi kerajaan termasuk subsidi minyak tetapi tidak pula memberi cadangan alternatif.


"Jadi apabila kita sudah memastikan (negara) ada bekalan (petroleum) terlebih dahulu, kemudian barulah kita boleh (umumkan) bentuk bantuan yang bakal diberikan kepada rakyat.


"Pemimpin PN sekarang ini pula sudah tak fokus kepada kebajikan rakyat, tetapi tumpu kepada pergaduhan sesama sendiri dan akhirnya isu rakyat tidak menjadi keutamaan (mereka).


"Manakala PM Anwar terus memastikan bekalan minyak dan kebajikan rakyat terus terjaga," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keberanian PM Anwar yang juga Presiden KEADILAN melaksanakan penurunan harga diesel, sesuatu yang sebelum ini sukar direalisasikan ketika PN berada dalam kerajaan sepanjang 2020 - 2022 lalu.


Penurunan harga diesel yang dijadual bermula 1 Julai ini berlaku selepas Perdana Menteri berjaya memperkukuh kerjasama strategik dengan Rusia dan mendapat jaminan bekalan petroleum dari negara itu untuk tempoh selama 20 tahun. Menyelamatkan negara daripada kesan ketidakstabilan bekalan dari rantau Teluk yang bergolak dan menamatkan spekulasi bekalan minyak Malaysia hanya bertahan sehingga Julai 2026.


Untuk rekod, harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter mulai Julai depan.


Kementerian Kewangan (MOF) melalui kenyataan media memaklumkan, melalui pembaharuan itu, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama melalui BUDI Diesel di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page