top of page

PMX dalam keadaan baik, perlukan rehat - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

DS Dr Wan Azizah menjelaskan keadaan kesihatan terkini PMX kepada pemberita di parlimen Bandar Tun Razak
DS Dr Wan Azizah menjelaskan keadaan kesihatan terkini PMX kepada pemberita di parlimen Bandar Tun Razak

Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) berada dalam keadaan baik, cuma mengalami sakit belakang.


Hal itu dinyatakan oleh isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.


Menurut Dr Wan Azizah, kesakitan PM hanya melibatkan otot, dan beliau telah membatalkan lawatan kerjanya ke Pahang hari ini bagi mendapatkan rehat secukupnya.


"Alhamdulillah dia ok. (Jadual) dia janganlah terlalu padat, dan hari ini (lawatan ke Pahang) terpaksa dibatalkan.


"Dia dah siap (lawatan), tapi dia kata mungkin kalau dia teruskan naik helikopter maka akan memberikan kesan lebih teruk kepada dia. Sebab dia (kesakitan pada) otot, beri kekangan untuk pergi pagi ini.


"Tetapi (program) Temu Anwar akan dibuat di lain masa," kata Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kepada wartawan selepas melancarkan Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2024 Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak 2025.


Menjawab soalan pemberita mengenai sama ada PMX dirujuk ke hospital, Dr Wan Azizah berkata, beliau hanya ditemani doktor dan memakan ubat, kemudian meneruskan berehat di rumah.


"Setakat ini doktor yang periksa tadi pagi, dia ada sama. Jadi (doktor) berikan satu penilaian, periksa. Dia (doktor) kata ok. PMX makan ubat dan dia perlukan rehat. Sekarang berehat di rumah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page