top of page

PMX berjaya pulihkan ekonomi, jangan guna isu remeh tohmah kegagalan




Ulang tahun pertama Perdana Menteri ke 10 (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara seharusnya dilihat secara positif dan mengiktiraf usaha besar beliau memulihkan ekonomi negara, bukannya menimbulkan isu isu remeh untuk memberi gambaran kononnya PMX gagal.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia, Senator Abun Sui Anyit, tohmahan pembangkang PN kononnya PMX gagal amatlah tidak tepat kerana mereka mengambil isu terpencil dan tidak memberi kesan besar kepada negara.


"Kita boleh lihat (secara keseluruhan) usaha berterusan PMX lebih kepada mendapatkan pelaburan asing masuk ke dalam negara.


"Pada saya, usaha menarik pelaburan asing setakat ini adalah berjaya kerana banyak pelabur sudah memberi komitmen untuk menanam modal sehingga mencecah ratusan bilion ringgit.


"Walaupun ada pihak tertentu terutamanya pembangkang yang cuba membuat andaian negatif terhadap PMX, tetapi usaha itu perlu ditangkis oleh rakyat, dan usaha PMX selama ini patut dihargai dan perlu terus disokong.


"Oleh kerana PMX lebih memberi tumpuan kepada menarik pelaburan dalam tahun pertama ini, kita tidak sepatutnya menaratifkan PMX gagal kerana isu-isu terpencil seperti keputusan mahkamah dan hal-hal yang berbentuk peribadi sebagaimana dimomokkan pihak tidak bertanggungjawab untuk menggambarkan kegagalan," kata Abun Sui dalam kenyataan hari ini.



Tegas beliau, amat tidak adil PMX dipaksa menyelesaikan kesemua isu yang berbangkit pada tahun pertama beliau berkuasa.


Sedangkan, katanya, terdapat isu yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu dan tidak berjaya diselesaikan oleh kerajaan PN.


Sekiranya PN mahu melihat PMX berjaya atau sebaliknya, kata Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak itu, maka mereka perlu menunggu sehingga genap tempoh sepenggal pemerintahan.


"Gagal atau tidak PMX dan Kerajaan Madani hanya boleh dinilai selepas tamat 5 tahun tempoh Kerajaan.


"Justeru saya menyeru semua pihak, terutamanya kakitangan kerajaan, laksanakanlah kerja dan amanah anda sehabis baik untuk menyampaikan dan melaksanakan program program yang telah diatur oleh Kerajaan agar sampai kepada rakyat di seluruh pelusuk negara," katanya.


Sehubungan itu daripada mengkritik berterusan, kata Abun Sui, ada baik rakyat prihatin mengucapkan selamat kepada PMX dan berdoa agar beliau mampu menyelesaikan masalah satu demi satu, terutamanya dalam membayar hutang negara berjumlah RM1.5 trilion yang ditinggalkan oleh Kerajaan PN terdahulu.


"Marilah kita doakan agar PMX terus sihat dan bersemangat untuk bekerja dengan mengekalkan momentum sehingga Malaysia pulih sepenuhnya seperti yang pernah kita kecapi, bergelar Tiger of Asia sekali lagi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page