PM ziarah Menteri Ekonomi di hospital
- Suara Keadilan

- Feb 19, 2024
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Ekonomi di hospital.
Menurut catatan di Facebook beliau, PM yang mempunyai jadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di Ibu Pejabat KEADILAN meluangkan masa menziarahi Rafizi Ramli.
"Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
"Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah," katanya.
Difahamkan Rafizi dimasukkan ke hospital akibat masalah sakit belakang dan beliau menjalani prosedur rawatan sejak beberapa hari lalu.









Comments