top of page

PM zahir ucapan takziah kepada keluarga Chua Jui Meng



Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng yang meninggal dunia petang semalam.


Perdana Menteri berkata mendiang merupakan tokoh yang telah banyak menabur bakti kepada negara khususnya selaku menteri kesihatan paling lama iaitu selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.


Beliau yang sebelum itu menjadi Ahli Parlimen Bakri sejak tahun 1986 hingga 2008 juga memainkan peranan penting sepanjang bersama KEADILAN ketika menerajui kepimpinan parti itu di Johor.


“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya di Facebook.


Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang akibat sakit jantung pada pukul 4.04 petang semalam.


Beliau yang sebelum ini merupakan pemimpin MCA menyertai PKR pada 2009 sebelum dilantik sebagai Naib Presiden parti.


Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2013 sebagai calon PKR di Segamat namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Subramaniam Sathasivam (MIC).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page