top of page

PM zahir penghargaan bahas isu Ashabul Kahfi dengan berhemah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil bahagian dalam membahaskan mengenai isu Ashabul Kahfi yang menjadi polemik baru-baru ini.


Penghargaan itu disampaikan Presiden KEADILAN itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi.


"Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bersama dalam perbahasan ini dengan menegak budaya wacana yang sihat, terbuka dan beradab seperti yang ditegaskan Islam," katanya.


Terdahulu, ucapan Anwar pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) lalu yang memetik kisah pemuda (Ashabul Kahfi) yang ditidurkan Allah di dalam sebuah gua selama beratus tahun menjadi isu hangat apabila ia diulas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).


Azhar Idrus dikritik ramai setelah dianggap bersikap gopoh melabel pemimpin kanan negara, dipercayai Perdana Menteri sebagai sesat apabila merujuk Ashabul Kahfi sebagai beragama Kristian.


Sedangkan dalam ucapannya Anwar memetik surah Al Kahfi, Ayat 14 yang yang maksudnya "Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran,” bagi menegaskan keimanan pemuda tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page