top of page

PM yakin parti kerajaan berpeluang cerah menang PRN



Isu pilihanraya merupakan agenda penting dibincangkan pada mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn pada Selasa.


Menurut Perdana Menteri, mesyuarat bersetuju untuk jawatankuasa berkaitan pilihanraya ditubuhkan bagi merencana strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) terutamanya dalam pembahagian kerusi.


"Pengarah-pengarah pilihan raya akan bersidang dalam tempoh seminggu ini dan menetapkan penyelaras. Ketuanya adalah pengarah pilihan raya parti-parti. Jawatankuasa Pilihan Raya (juga) akan segera bincang (pembahagian kerusi),” katanya ringkas.


Dalam pada itu, Anwar yakin dengan wujudnya sekretariat akan memantapkan potensi sebenar Kerajaan Perpaduan yang mewakili 2/3 daripada landskap politik Malaysia.


"Kerusi pula, memang setakat ini, mencatat 148 kerusi, dua pertiga. Kalau lihat dari segi dukungan, kita satu-satunya gabungan yang mewakili semua kaum, semua daerah, semua suku kaum di negara kita.


"Ini memberikan kelebihan kepada kita. Kenyataan saya lakukan ini adalah untuk kuatkan tekad kita bekerja sebagai satu pasukan yang padu dan mantap. Ini telah kita sepakati malam ini," ujarnya.


Terdahulu, Anwar tiba di Menara Dato Onn kira-kira jam 7.40 malam bersama beberapa pemimpin kanan HARAPAN termasuk Presiden Amanah, Datuk Seri Mohammad Sabu dan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke.


Penampilan Anwar di bangunan Umno itu merupakan yang pertama kali dalam tempoh 25 tahun selepas dipecat daripada kerajaan dan UMNO pada 1998.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page