top of page

PM yakin lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang nyata sokongan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan terhadap pentadbirannya, sekaligus mendukung usaha memulihkan kembali situasi negara.


Pada ucapan di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Ipoh pada Ahad, Anwar berkata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti masing-masing.


Ahli Parlimen pembangkang itu jelasnya merasa tertipu ekoran janji-janji PN untuk menukar kerajaan tidak menjadi kenyataan, biarpun terdapat usaha merealisasikan perkara berkenaan.


"Ramai lagi Ahli Parlimen yang akan terhakis keyakinan mereka susulan janji-janji palsu PN.


"Kerana tujuan matlamat nak tebuk atap, walaupun saya dah jawab, atap ini bukan atap rumbia, ini atap konkrit. Dia cuba tetapi gagal di Malaysia. Dia berpindah ke Dubai dan London.


"Dia lupa di Dubai dan London, konkrit itu jauh lebih tebal," kata Anwar sinis.


Rabu lalu, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menyatakan sokongan serta merta kepada Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.


Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen keenam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertindak menyokong Anwar.


Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri ialah Syed Abu Hussin, Zulkafperi,Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Pada Jumaat, Syed Abu Hussin mendedahkan 10 lagi wakil rakyat pembangkang merancang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar menjelang sesi Parlimen, 28 Februari depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page