top of page

PM yakin boleh jimat RM10 bilion jika ketirisan dibendung



Ketirisan dalam kerajaan yang lalu begitu besar sehingga melibatkan berbilion ringgit dan mengganggu tanggungjawab kerajaan untuk memberi bantuan secukupnya kepada rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam semakan beliau sepanjang hampir 2 bulan di Kementerian Kewangan terdapat sehingga RM3 - RM4 bilion ketirisan dikesan.


"Kita mengalami kebocoran yang tinggi. Dalam hampir 2 bulan saya di Kementerian Kewangan, saya telah kenalpasti RM3 hingga RM4 bilion ringgit yang boleh diselamatkan, bocor kepada parti atau tokoh politik.


"Kita boleh jimatkan sehingga mencecah RM10 bilion dari kebocoran sistem perolehan ini," katanya dipetik.


Selain itu, Anwar juga menyentuh mengenai kadar pengangguran yang tunggi dalam kalangan belia di Malaysia.


Katanya angka pengangguran dilihat baik jika dilihat secara keseluruhan tetapi kepada anak muda angkanya cukup tinggi dan membimbangkan.


"Umumnya kalau kita baca angka-angka pengangguran (keseluruhan kelihatan) baik.


"Tetapi kalau pengangguran belia anak muda di bawah 25 tahun sudah mencecah lebih 10 peratus. Sangat tinggi," katanya.


PM yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023, 'Membangun Malaysia Madani', di Bangunan Kementerian Kewangan


Beliau berucap di hadapan 170 organisasi swasta, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page