top of page

PM umum turun kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 7, 2023
1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyampaikan berita gembira kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.


Dalam ucapanya pada pelancaran Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan Presint 3, Anwar berkata kadar sewa lot bazar di bawah kendalian Perbadanan Putrajaya diturunkan dari RM1,000 kepada RM850.


Jelasnya, ia sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan bebanan kumpulan itu yang terpaksa menanggung kos tambahan RM150 berbanding kadar sewa yang ditetapkan pada tahun-tahun sebelum ini.


"Saya dapati Perbadanan Putrajaya telah menaikkan kadar sewa bagi bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 kepada RM1,000 bagi setiap lot.

"Bagi membantu para penjaja dan peniaga kecil mengurangkan kos operasi, sukacitanya saya umumkan pengurangan kadar sewa ini kepada RM850 sebulan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, setakat ini pengurangan kadar sewa lot bazar hanya ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.


Namun begitu menurutnya, kerajaan mungkin akan meluaskan inisiatif itu sekiranya ia mendapat sambutan mengalakkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page