top of page

PM umum tambahan RM50 juta perkasa TVET, realisasikan kerjasama industri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read
DS Anwar meninjau hasil inovasi pelajar TVET selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026
DS Anwar meninjau hasil inovasi pelajar TVET selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia perlu mempelbagaikan kaedah pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang memenuhi keperluan industri.


Menurut beliau, dalam dunia yang berkembang pesat, penguasaan ilmu perlu disertai kemahiran praktikal, latihan berterusan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi.


"Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026, pagi tadi.


Beliau menekankan keperluan memperkukuh sinergi antara kerajaan, universiti dan pemain industri dalam membina asas ilmu serta kepakaran.


"Sinergi yang lebih kukuh antara kerajaan, universiti dan pemain industri mesti diperkasakan dalam membina asas ilmu dan kepakaran, menjadi rakan strategik dalam memperkaya pengalaman, latihan serta pendedahan dunia sebenar kepada para graduan," katanya.


Menurut PM, perkara itu amat beliau tekankan dan penting untuk memperkasa kemahiran pekerja, meningkatkan produktiviti serta membuka lebih banyak peluang peningkatan kerjaya kepada generasi muda.


Sehubungan itu, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan bagi memperkasa agenda TVET 2.0.


"Terkait perkara ini, saya umumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperkasa agenda TVET 2.0 dalam memperluaskan akses latihan berkualiti, memperkukuh kerjasama dengan industri serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi," katanya.


Tambah beliau, usaha berterusan memperkasa TVET penting bagi meningkatkan produktiviti, membuka lebih banyak peluang kerjaya serta memastikan generasi muda mampu mendepani cabaran ekonomi masa hadapan dengan yakin dan berdaya saing.

1 Comment


bros football
bros football
7 days ago

Some players focus on solving the puzzle in as few attempts as possible, while others simply enjoy the reasoning process in Canuckle.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page