PM umum RTM siar F1 Gulf Air Bahrain secara langsung


Rakyat Malaysia boleh mengikuti perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Sepang hujung minggu ini menerusi siaran secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut membolehkan kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia itu dapat dinikmati bersama oleh seluruh rakyat negara ini.
"Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.
"Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC)," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Aksi yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Bahrain dipindahkan ke Malaysia susulan faktor keselamatan dan ketidakstabilan di rantau Asia Barat.
Ia susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.




Comments