top of page

PM umum rombakan kabinet, 18 Menteri dan Timb. Menteri dilantik portfolio baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 16, 2025
  • 2 min read
DS Anwar mengumumkan nama nama Menteri dan Timb. Menteri dalam sidang media khas
DS Anwar mengumumkan nama nama Menteri dan Timb. Menteri dalam sidang media khas

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan baharu dan pertukaran portfolio barisan Kabinet Kerajaan MADANI.


Katanya, upacara angkat sumpah akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Istana Negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada jam 2.30 petang.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan penghargaan kepada rakan-rakan Menteri dan Timbalan Menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian kepada negara sebelum ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman berkenaan Anggota Kabinet Kerajaan MADANI, hari ini.


Berikut merupakan senarai lantikan baharu dan pertukaran portfolio:


- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh Tseow Suan


- Timbalan Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui


- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Ts Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud


- Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan


- Timbalan Menteri, Marhama Rosli


- Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong


- Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad


- Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin


- Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Lukanisman Awang Sauni


- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying


- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim


- Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man


- Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj


- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani


- Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin

- Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib

- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong,

- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin

- Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

- Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah

- Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup

- Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh

- Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

- Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii


- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

- Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan

- Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari

- Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page