top of page

PM umum RM5 juta baik pulih fasiliti MARA di Pahang



Kerajaan Perpaduan memperuntukan RM5 juta bagi membaiki semua kerosakan yang terdapat di fasiliti-fasiliti pendidikan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negeri Pahang.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program Temu Anwar di di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, peruntukan khas tersebut perlu kerana adalah tidak wajar negara terus memacu pertumbuhan ekonomi, tanpa menjamin keselesaan pelajar-pelajar menjalani pendidikan.


"Saya sudah luluskan peruntukan khas untuk baiki semua kerosakan yang ada dan ini juga terpakai di mana-mana (fasiliti) bawah MARA, IKM (Institut Kemahiran MARA), Giat MARA dan TVET yang ada bawah MARA di Pahang.


"Di Pahang sahaja untuk kemudahan-kemudahan ini kita belanja RM5 juta," katanya dipetik.

Pada 23 Julai lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah yang daif di seluruh negara tahun ini.


Sebanyak RM650 juta daripada keseluruhan RM1.4 bilion peruntukan tersebut mula diagihkan kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula pada hujung Julai.


Ia termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas supaya memberikan keselesaan kepada pelajar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page