top of page

PM umum RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan awal RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membantu melicinkan program yang dirangka agensi itu dalam usaha membantu Sahabat Usahawan di seluruh negara.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membantu 326,510 Sahabat Usahawan di seluruh negara sebelum tumpuan lebih khusus kepada agensi itu diberikan dalam Belanjawan MADANI 2024 yang bakal dibentang pada Oktober ini.


"Bagi memastikan kelicinan program AIM sebelum Oktober ini di mana saya boleh kaji secara menyeluruh keperluan AIM dan bagaimana tingkat kegiatannya, menambah jumlah Sahabat Usahawan, saya pada petang ini meluluskan peruntukan RM10 juta untuk AIM," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu ketika merasmikan Karnival Sahabat Usahawan AIM di Kulim yang menghimpunkan sejumlah 8,000 Sahabat Usahawan Wilayah Kedah dan Pulau Pinang.


Turut hadir Pemangku Pengerusi Lembaga AIM Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid.


Pada majlis itu beliau menyerahkan cek berjumlah RM269.3 juta daripada AIM kepada Pengurus Kanan Wilayah Kedah AIM Nor Hayati Hussain dan Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) AIM Zamarina Samsu untuk disalurkan sebagai model perniagaan kepada Sahabat Usahawan di seluruh Kedah.


Manakala cek berjumlah RM105.7 juta diserahkan kepada Pengurus Wilayah Pulau Pinang Salina Jaafar serta Ketua LPS Pulau Pinang dan Perlis Zariati Abd Hamid.


Sementara itu jelas Anwar, AIM amat dekat dan istimewa di hatinya. Fungsi dan peranan AIM dalam membantu golongan wanita, khususnya B40, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan sama sekali tidak boleh dinafikan.


Justeru beliau akan mencari kaedah agar sebahagian dana dalam usaha menoktahkan kemiskinan turut disalurkan melalui agensi berkenaan.


"2012 hingga sekarang tiada peruntukan tapi Alhamdulillah, Anwar naik balik jadi Perdana Menteri, jadi saya nak sambung balik kerja dulu bagaimana boleh tingkatkan pendapatan rakyat miskin, bagaimana harus bantu AIM dan Oktober ini, kita ada program khas bangkitkan kemajuan AIM," katanya.


Sebagai rekod ketika menjawat Menteri Kewangan pada era 1990an, Anwar pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada agensi itu bagi mempertingkat usaha membawa keluar rakyat dari kemiskinan.


Beliau boleh dianggap antara pengasas AIM kerana menyokong kuat penubuhan yayasan tersebut daripada hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia. Anwar merupakan Menteri Pendidikan pada ketika itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page