top of page

PM umum RM1 juta tubuh sekretariat jaga kebajikan rider p-hailing



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk rider p-hailing menubuhkan sekretariat bagi menjaga kebajikan golongan berkenaan.


Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama 5,000 rider seluruh Selangor sempena Sesi Temu Anwar, Program Himpunan Rider Madani Selangor.


"Untuk mulakan menyelaraskan rider saya berikan RM1 juta. Ini penting sebab dia (rider) tidak terorganisasi, kita organise sendiri, pilih siapa nak jadi jurucakap, Kerajaan Selangor akan bantu. Saya beri RM1 juta untuk sekretariat," katanya.


Dengan kewujudan sekretariat tersebut, kata Anwar, maka ia bukan berupa bantuan one off. Komiti tersebut katanya boleh memohon peruntukan atau bantuan kepada Kementerian dan usaha membantu golongan pekerja gig itu akan dapat dilakukan secara berterusan.


PM juga menjawab mengenai skim pinjaman bagi bantuan golongan rider. Pada waktu ini, katanya, Tekun menyediakan RM10 juta dana bantuan.


"Setakat ini Tekun ada RM10 juta untuk kalau ada yang perlu membeli motorsikal, rider maksimum RM10,000 setiap orang.


"Kalau RM10 juta dah habis, inshaAllah saya akan tambah lagi," katanya.


Berkenaan pertanyaan daripada kalangan rider yang mahu kerajaan campurtangan terhadap syarikat yang mengurangkan komisen mereka daripada RM7 suatu ketika dahulu kepada sekitar RM3 - RM4 pada waktu ini, Anwar minta tempoh seminggu untuk beliau kumpul semua syarikat p-hailing dan menyampaikan kebimbangan rider.


"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.


"Saya kena panggil syarikat-syarikat ini (tanya) sebab apa (kadar upah) daripada RM7 (turun) kepada RM6.. itu dia (syarikat) kena terangkan kepada Perdana Menteri. Itu yang mampu saya buat bagi meringkankan beban saudara-saudara semua," katanya.


PM juga menjawab pertanyaan anak muda yang mahu meninggalkan industri tersebut selepas tempoh tertentu untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.


Katanya, kerajaan menyediakan banyak latihan peningkatan skil dan rider melalui sekretariat yang ditubuhkan kelak boleh memohon kepada agensi agensi kerajaan yang mengendalikan kursus berkenaan.


Program Himpunan Rider MADANI Selangor itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengasas kepada skim bantuan rider di Selangor yang menyediakan bantuan Perkeso dan tunai.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page