top of page

PM umum RM1.5 juta tingkat keselesaan anggota polis P Pinang



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengumumkan peruntukan RM1.5 juta bagi projek menaik taraf perumahan serta surau polis di Pulau Pinang.


Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Anwar berkata peruntukan itu bagi meningkatkan keselesaan selain menjaga kebajikan anggota polis.


"Saya dimaklumkan surau memerlukan beberapa kemudahan seperti pendingin hawa dan inshaAllah sebelum Jumaat, saya akan luluskan setengah juta untuk surau di sini dan RM1 juta untuk perumahan polis.


"Difahamkan perumahan polis pun banyak juga yang perlu diselenggara. Diharap ia dapat beri keselesaan tempat tinggal kepada anggota-anggota serta menjalankan ibadah dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya dipetik.


Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.


Difahamkan, sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk projek menaik taraf kuarters di Balai Polis Seberang Jaya manakala RM500,000 lagi bagi membeli peralatan kemudahan surau di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengingatkan pihak polis agar lebih tangkas menangani jenayah terutama jenayah seksual yang kini semakin berleluasa

Katanya, beliau percaya Razarudin mampu menggalas tanggungjawab itu dalam memastikan kesemua anggotanya memberi kerjasama baik untuk mengekang jenayah terbabit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page