top of page

PM umum peruntukkan awal RM1 bilion untuk pelaburan inovasi tinggi



Khazanah Nasional melancarkan ‘National Fund-of Funds’ dengan peruntukan awal RM1 bilion ke dalam ekosistem syarikat berinovatif dan berpertumbuhan tinggi


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan itu ketika merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.


"Dalam hal ini, saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan ‘National Fund-of Funds’ dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat Malaysia berpertumbuhan tinggi yang inovatif," katanya dipetik.


Pada ucapannya Anwar turut menegaskan, kerajaan sentiasa komited dalam membentuk ekosistem pemula yang dinamik agar dapat memposisikan Malaysia sebagai hab utama untuk keusahawanan dan Inovasi.


Justeru beliau berharap sidang kemuncak itu menjadi forum untuk memudah cara syarikat-syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi dan mengalakkan syarikat permula untuk berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.


"Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir. Adalah penting supaya dasar-dasar Kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka," tambah Anwar.


Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.


Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara tersebut.

Pada ucapannya, Anwar turut mengumumkan beberapa pelaburan dalam usaha merancakkan lagi industri syarikat pemula di Malaysia.


Ini termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN meliputi Khazanah, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), dan Blue Chip Venture Capital.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page