top of page

PM umum peruntukan tambahan RM30 Juta naik taraf Jalan Gerik - Jeli



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi kerja naik taraf Jalan Timur Barat yang menghubungkan Gerik di sini dan Jeli di Kelantan.


Berucap pada pelancaran Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jeti Awam Tasik Banding, Gerik, PM yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dianggarkan sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta yang diumum untuk laluan tersebut.


PM berkata terdapat banyak permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan jalan di seluruh negara dan beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan pada Oktober.


"Tapi hari ini saya boleh lulus tambahan RM30 juta untuk perbaiki jalan," katanya dipetik.


Turut hadir pada pelancaran kempen itu adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.


Anwar sementara itu berkata, kerajaan memberikan inisiatif peruntukan tambahan kepada peruntukan sedia ada sebanyak RM1.659 bilion yang diterima KRR tahun ini bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan jalan Persekutuan.


Menurut beliau, kerajaan menyediakan sebanyak RM370 juta peruntukkan tambahan bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.


"Ia melibatkan RM300 juta bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan yang tiada dalam syarat kontrak syarikat konsesi, RM20 juta peruntukan khas untuk jurutera daerah, RM50 juta pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan dan RM 250 juta kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil bumiputra," katanya.


Pada majlis tersebut, PM turut mengumumkan saguhati sebanyak RM1,000 kepada 87 keluarga bekas pekerja yang terlibat dalam pembinaan Jalan Raya Timur Barat.


"Semasa pembinaan jalan raya ini, negara masih berdepan ancaman komunis yang tak mahu negara ini aman, mereka mahu sistem komunis dilaksanakan.


"Di sini merupakan kubu kuat mereka, dia rasa tercabar lalu mereka melakukan serangan dan ada yang terkorban.


"Adalah menjadi dasar kerajaan Madani tak lupakan kebajikan mereka yang berjasa dan saya luluskan sagu hati setiap keluarga RM1,000," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page