top of page

PM umum peruntukan RM13.5 j untuk Pasar Siti Khadijah, pusat dialisis



Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM8 juta bagi membina dan menyiapkan sebuah Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah pada Selasa berkata, perkara berkenaan sudah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika pertemuan di Istana Negeri pada Selasa.


"Semoga dengan kelulusan ini dapat membantu dalam penyediaan infrastruktur yang kondusif dan selamat untuk kegunaan rakyat yang memerlukan di Kelantan," katanya dipetik sambil menjelaskan peruntukan akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Terdahulu, Anwar menerima penganugerahan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan yang ke-55.


Sementara itu pada ucapan sama Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM5.5 juta bagi penambahbaikan infrastruktur Pasar Siti Khadijah di sini.


Peruntukan itu menjadikan keseluruhan RM7 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Pusat sejak tahun lalu bagi projek membabitkan aspek kebersihan, tandas, baik pulih bumbung dan sistem pendawaian.


"Saya lulus peruntukan itu minggu ini dan saya minta Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (Jasri Kasim) untuk membuat pemantauan pada minggu depan mengenai kerja-kerja baik pulih yang hendak dimulakan dahulu," tegasnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page