top of page

PM umum peruntukan pembangunan tambahan N Sembilan




Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumukan peruntukan tambahan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Negeri Sembilan.


Tambahan itu dianggarkan berjumlah sekitar RM300 juta daripada peruntukan yang diumumkan dalam Belanajwan 2023 lalu.


"Pembangunan ekonomi Negeri Sembilan, tadbir urus, tahniah kepada Menteri Besar (MB) kerana berjalan dengan baik dan bersih.


"Kajian separuh penggal yang akan dibentangkan akhir tahun ini kita beri tumpuan kepada perkara yang mendesak di Negeri Sembilan.


"Sekarang ini peruntukan pembangunan hampir RM1 bilion ringgit. Apa dia projek baru? Jalan susur dari tol Seremban ke lingkaran tengah Seremban, kos RM600 juta; jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelanduk Port Dickson dan Sungai Pelek kos RM160 juta; fasiliti Kementerian Pendidikan kita guna dana pulih sekolah daif, perkukuh pendidikan khas kos projek RM280 juta


"Klinik kesihatan pula ada yang daif. MB bising kepada saya, nama sahaja klinik kesihatan, klinik itu pun tak sihat. Oleh itu kita siapkan perbelanjaan di Jelebu, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin, perbelanjaan RM5.8 juta," katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Sembilan, pagi tadi.


Selain itu, Anwar juga mengumumkan pembinaan beberapa masjid baharu di Negeri Sembilan dengan kos RM318 juta.


"Jadi, selain saya umumkan RM1 bilion (awal) tadi, penambahannya (menjadi) RM1.2 bilion," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.


PM turut menumpukan kawasan segitiga pertumbuhan baharu Negeri Sembilan, iaitu Malaysia Vision Valley dan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan sebanyak RM457 juta bagi pembinaan insfrastruktur.


Tegas Anwar, dana memang tidak mencukupi kerana hutang yang tinggi tetapi tanpa menyakau wang negara maka peruntukan boleh dibelanjakan untuk pembangunan.


"Wang memang tak cukup, hutang RM1.5 trilion. Tetapi apa perbezaan Kerajaan Madani? Kita tidak izin di mana mana peringkat, mana mana pemimpin kerajaan atau penjawat awam sakau duit rakyat


"Soal lawan rasuah semua orang kumandangkan tetapi ini kerajaan yang ambil tindakan cukup tegas," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page