top of page

PM umum dana khas bantu 100 tokoh wanita



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana khas RM50,000 diperuntukkan masing-masing untuk membantu 100 pemimpin wanita bagi mengendalikan program di pelbagai peringkat.


Berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa, pada Jumaat, perdana menteri berkata proses pemilihan penerima dana akan dilakukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.


"Kita hendak beri dana khas supaya dapat dimanfaatkan bagi mengadakan kegiatan kumpulan, tidak semestinya terikat pada parti persatuan tetapi dengan inisiatif mereka sebagai pemimpin masyarakat.


"Dana ini sebagai kesempatan atau wahana untuk mencari jalan meningkatkan kegiatan, idea dan saranan wanita.


"100 pemimpin wanita akan dipilih dan kita akan bagi setiap tokoh wanita ini RM50,000 untuk mengendali program mereka," katanya pada majlis itu.


Mengulas lanjut Anwar menyatakan harapan agar pemberian dana tersebut akan menjadi pemangkin memperkukuh idea dan sumbangan golongan wanita dalam masyarakat.


"Sekiranya mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh setahun, bilangan peserta dan nilai pemberian akan dipertimbangkan untuk ditambah," katanya dipetik.


Sementara itu, Nancy memaklumkan pihaknya akan meneliti mekanisme pemilihan 100 pemimpin wanita tersebut.


"Kita tidak sangka perdana menteri akan umum (pemberian dana) itu malam ini, jadi kita akan teliti mekanisme yang bersesuaian untuk buat pemilihan," katanya sebagai mengulas pengumuman itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page