PM umum cuti tambahan, mudahkan perjalanan rakyat pulang kampung
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghargai usaha dan dedikasi rakyat yang bekerja keras sepanjang Ramadan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cuti tambahan ditetapkan pada Isnin depan jika tarikh Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu ini, cuti tersebut diberikan pada Jumaat.
"Jadi kalau cuti, kalau hari raya pada Jumaat, 20 Mac maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau Hari Raya Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat, 20 Mac," katanya dipetik semasa berucap sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di Kota Kinabalu pada Ahad.
Sementara itu menerusi satu hantaran di platform X, Perdana Menteri menyatakan hadapan agar beberapa pengumuman khusus untuk rakyat dapat memberikan kemudahan menjelang Aidilfitri.
Pengumuman cuti tambahan dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri jelasnya diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
"Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia," tambah beliau.




Comments