top of page

PM umum bantuan khas Aidilfitri penjawat awam

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 25, 2023
1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas kewangan Aidilfitri atau bonus sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.


Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Presiden KEADILAN itu memaklumkan bahawa bantuan khas itu akan turut meliputi kakitangan lantikan kontrak dibawah Gred penjawatan sama.


"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.


"Selain itu, RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.


"Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023," katanya.


Menurut Anwar, meskipun kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan mesti setia menggalas amanah negara.


Justeru beliau berharap penjawat awam segera membawa perubahan, dan menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara selari dengan konsep Malaysia Madani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page