top of page

PM ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Anne Ooi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Aunty Bersih’ telah meninggal dunia pada umur 78 tahun pada Isnin.


Melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar menyifatkan mendiang sebagai seorang ikon rakyat yang wajar diteladani.


"Saya kenang beliau tidak hanya sebagai aktivis yang gigih, malah merupakan teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.


"Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


Berita kematian bekas guru Bahasa Inggeris itu dikongsikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang rapat dengan keluarga mendiang.


"Mendiang bersama keluarganya di Australia ketika meninggal dunia.


"Imej ini akan selama-lamanya menyelubungi semangatnya yang gigih dalam usaha kita untuk mencapai Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.


Anne menjadi terkenal apabila imej berpakaian kemeja-T kuning terang sambil memegang bunga kekwa putih dan basah disimbah air bercampur kimia di luar Hospital Tung Shin ketika perhimpunan Bersih 2 tersebar dan menjadi imej ikonik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page