top of page

PM ucap takziah kematian Raja Petra

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 10, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucap takziah di atas pemergian blogger Raja Petra Kamarudin yang meninggal dunia malam tadi di Manchester, United Kingdom.


Anwar dalam kenyataannya berharap keluarga Raja Petra dikurniakan kesabaran atas ujian yang melanda.


"Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput ilahi malam tadi di Manchester, UK.


"Saya turut berduka dan mendoakan agar ruhnya diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah," katanya dalam catatan di Facebook.


Raja Petra pernah menyumbang kepada perjuangan KEADILAN pada peringkat awal penubuhannya sekitar tahun 1999 - 2000 lalu.


Beliau kemudian menetap di United Kingdom berikutan beberapa pendakwaan ke atas diri beliau berhubung tulisannya yang mengkritik kerajaan pada ketika itu.


Selepas 2011 komen dan penulisan politik Raja Petra tidak lagi menyebelahi Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.


Namun beliau dikenang sebagai antara blogger terawal mempromosikan perjuangan reformasi dan menentang kepimpinan Tun Mahathir Mohamad selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tampuk kuasa pada 1998.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page