top of page

PM ucap tahniah Sultan Johor dipilih Yang di-Pertuan Agong ke 17



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) pagi tadi mengucap tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar di atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 17 di Dewan Rakyat.


PM turut mengucap tahniah kepada Timbalan Agong, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang dilantik dalam Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat ke-263 (Khas) pada Jumaat lalu.


"Saya selaku Ketua Majlis Parlimen Kelima Belas bagi pihak Dewan yang mulia ini dengan sepenuh ikhlas ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena pemilihan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII (Ke-17)


"Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini turut dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Sultan Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan atas pemilihan Baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong," katanya.


PM berharap Kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan daripada pemerintahan seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara.


"Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page