top of page

PM ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.


Anwar berkata, beliau mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.


"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


"Patik bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


"Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan.


PM berkata, seluruh Jemaah Menteri dan rakyat akan memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong dan institusi di raja..


"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.


"Dirgahayu Tuanku!" katanya lagi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page