Oleh: Azuan Abd Rahman
Pencapaian pasukan hoki lima sebelah negara yang beraksi hebat pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) di Oman mendapat perhatian Perdana Menteri (PM).
Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya merakam ucapan tahniah susulan kejayaan skuad negara yang meraih kedudukan naib juara pada kejohanan itu.
"Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.
"Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini," kata Anwar.
Pada aksi final di Hockey Oman Venue itu, skuad negara bimbingan Wallace Tan bertemu Belanda yang hadir selaku juara Eropah.
Belanda membuka tirai menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama sebelum pasukan negara menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol padang menerusi kapten, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.
Belanda, yang hadir selaku juara Eropah, kemudian melebarkan jurang menerusi jaringan gol padang Reyenga Pepijn pada minit keenam dan Drift Yannick pada minit ke-13 untuk mendahului 3-1 menjelang waktu rehat.
Masuk babak kedua, Muhammad Firdaus Omar merapatkan jurang menerusi jaringan minit ke-16, namun Belanda meneruskan serangan apabila membolosi pertahanan negara dengan dua lagi jaringan gol daripada Sander de Wijn dan Jamie van Aart .
Comments