top of page

PM ucap tahniah kejayaan kepada Tan Sri Michelle Yeoh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.


Dalam hantaran di laman Twitternya, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menyifatkan pencapaian pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu sebagai telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa terutama apabila Yeoh menjadi pelakon pertama berdarah Asia memenangi anugerah paling berprestij itu.


"Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan. Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia!," kata Anwar.


Yeoh, 60 merangkul anugerah itu menerusi lakonannya dalam filem drama komedi "Everything Everywhere All at Once” menewaskan empat pencabar lain bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The Fabelmans).


Pada Januari lalu, Yeoh muncul pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe ke-80 melalui filem sama.


Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak pada 1962. Bagaimanapun beliau mencipta kerjaya lakonan yang cemerlang di Hong Kong dan menetap di sana sehingga kini.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page