top of page

PM tolak pendekatan umum projek tanpa penelitian rapi



Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengumumkan sebarang projek baharu untuk negeri yang dilawatinya tanpa melakukan penelitian rapi terlebih dahulu.


Ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Perlis di Kangar semalam Perdana Menteri itu berkata, amalan seperti dilakukan sebelum ini perlu diubah.


"Bukan amalan saya datang kemudian umum projek. Kalau mahu umum projek, kena ada persetujuan di peringkat agensi pusat, kalau tidak, umum projek tetapi tidak ada apa perkara pun berlaku.


"Contohnya, berapa ratus projek diumum di Perlis belum pun dilaksanakan terutama sebelum pilihan raya. Saya tidak mahu meneruskan amalan itu. Kalau kita dah putuskan muktamad, baru kita akan lakukan," katanya.


Langkah itu juga menurut Anwar bagi memastikan sesuatu projek yang mahu dijalankan boleh dilaksana dengan telus dan lancar serta mengelakkan rancangan pembangunan itu berakhir sebagai 'projek gajah putih'.


Dalam lawatannya semalam, Anwar berjanji akan bersama agensi pusat lain untuk membangun projek-projek bagi mendatangkan hasil pulangan dalam sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian di Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri.


Tambahnya, Kerajaan Persekutuan juga akan mengadakan mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bersama agensi dan kerajaan negeri berkaitan bagi meneliti projek di bawah koridor ekonomi itu.


"Itu sebagai dasar yang kita akan lakukan. Jentera negeri serta Persekutuan harus berunding betul-betul kerana kita berada dalam kekangan ekonomi. Hutang negara dianggar RM1.2 trilion dan hasil bertambah kecil manakala keupayaan belanja sangat terbatas," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page