top of page

PM tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Bukit Jalil



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil kesempatan meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.


Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi disambut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.


Perdana Menteri kemudian berkunjung ke pameran beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan menerima cenderahati daripada agensi seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Orang turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan berswafoto bersama Perdana Menteri.


Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan acara kemuncaknya adalah majlis perasmian penutupan yang dijadual disempurnakan oleh Anwar esok.


Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.


Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan.


Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.


Program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.


Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.


Terdapat banyak lagi aktiviti dan program menarik seperti diskaun kompaun saman PDRM sehingga 50%, pelbagai aneka trak makanan, jualan mega MADANI dan macam-macam lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page