top of page

PM tinjau persiapan Thaipusam 2026 cermin kebersamaan, perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

DS Anwar salut kepada pengunjung Batu Caves yang akan merayakan Thaipusam pada Ahad ini
DS Anwar salut kepada pengunjung Batu Caves yang akan merayakan Thaipusam pada Ahad ini

Kehadiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam lawatan rasmi ke Batu Caves, Selangor bagi meninjau persiapan sambutan Thaipusam 2026 pada Ahad ini meniupkan semangat perpaduan dalam kalangan berbilang kaum di negara ini.


Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, kehadiran PM mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan sambutan perayaan masyarakat India berjalan lancar dan harmoni.


"Walaupun cuaca panas terik, suasana di sini (Batu Caves) tetap meriah dengan komitmen pelbagai pihak yang bekerja keras memastikan persiapan berjalan lancar.

Yunes (memegang risalah) melawat gerai jualan
Yunes (memegang risalah) melawat gerai jualan

"Kehadiran dan semangat para pengunjung amat dihargai dan jelas mencerminkan kebersamaan serta perpaduan dalam masyarakat kita," katanya dalam muat naik di media sosial.


Di samping itu, Yuneswaran turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesudian meluangkan masa bersama masyarakat India di lokasi berkenaan.


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian meluangkan masa bersama masyarakat India di sini.


"Semangat perpaduan yang dibawa PMX akan terus disemai dan diperkukuh dalam kalangan masyarakat India," ujarnya.


Dalam masa sama, Yuneswaran memaklumkan pihaknya turut menyediakan booth khas bagi pengunjung yang hadir sepanjang sambutan tersebut.


"Saya juga ingin menjemput semua yang hadir ke Batu Caves nanti untuk singgah ke booth saya untuk minuman percuma. Terima kasih kepada Skuad Perpaduan MADANI yang bertungkus-lumus menjadi tulang belakang kepada persiapan booth ini," katanya.


Lawatan PM dan Menteri semalam turut memperlihatkan kerjasama erat pelbagai agensi dan sukarelawan dalam memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan kemudahan awam berada pada tahap terbaik menjelang Thaipusam 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page