PM tidak disambut di UAE: Menteri Luar perlu dipersalahkan, bukan duta - Anwar



Lawatan Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hujung bulan lalu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mendapat sambutan selayaknya sebagai ketua kerajaan adalah akibat kelemahan Menteri Luar yang gagal mengkoordinasikan dengan baik lawatan tersebut.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Luar tidak boleh menyalahkan Duta Besar atau pegawai bawahan tetapi mesti bertanggungjawab di atas kelemahan menjolok mata itu.


"Pengalaman saya selama belasan tahun sebagai menteri, juga dalam kerajaan yang sebelumnya pun belum pernah saya dengar lawatan rasmi PM tidak disambut oleh negara yang mengundangnya.


"Jadi ada satu kecelaruan dalam diplomasi kita dan Menteri Luar harus bertanggungjawab. Jangan disalahkan Duta Besar atau pegawai di peringkat bawah," katanya hari ini.


Menurut Anwar, Menteri Luar mesti membuat kenyataan rasmi berhubung kegagalan pegawai pegawai Malaysia di UAE dalam menyediakan sambutan serta iringan kepada rombongan Malaysia tersebut.


"Dia (Menteri Luar) harus menjawab kerana belum pernah negara terhina sebegini rupa kerana kecualian dan kelembaban Menteri Luar


"Menteri Luar harus buat kenyataan dan harus dipertanggungjawabkan," katanya.


Berhubung kelemahan itu, Kementerian Luar Negeri baru baru ini telah mengambil tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid di atas kecuaian kedua-dua ketua perwakilan tersebut yang menyebabkan PM Ismail Sabri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai


Selain itu, liputan, kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Ismail Sabri seperti amalan prosedur operasi standard (SOP) biasa juga tidak diperolehi sebagai tetamu negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER