top of page

PM tidak campuri kes mahkamah babitkan Zahid Hamidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 6, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menegaskan beliau tidak mencampuri urusan Peguam Negara berhubung pengguguran 47 pendakwaan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Anwar di Jakarta, Anwar memaklumkan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa sepenuhnya.


"Jaksa Agung (Peguam Negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu (pembebasan). Jadi saya serah kepada wewenang Jaksa Agung kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

"Keduanya, dokumen dari (pejabat) Jaksa Agung yang bocor … dan menunjukkan ada pendirian Jaksa Agung menentang pendakwaan pada peringkat awal. Tetapi ini keputusan Jaksa Agung dan saya tak boleh campur," katanya dipetik.


Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 4 September lalu melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada kesemua 47 pertuduhan.


Media melaporkan keputusan itu dibuat selepas Collin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Presiden UMNO itu.


Idrus pula tamat tempoh lantikan kontraknya sebagai Peguam Negara berkuatkuasa semalam (5 September), dan digantikan dengan Peguam Cara Negara baharu Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page