top of page

PM tiba di Turkiye bincang lanjut isu Palestin

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 22, 2023
1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Turkiye untuk bertemu presiden negara itu bagi membincangkan lebih lanjut isu keganasan Israel ke atas Palestin.


PM dijangka akan bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan sebelum menyambung lawatan ke Asia Barat bertemu Presiden Mesir.


"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Istanbul, Turkiye dalam rangka lawatan kerja satu hari di sini.


"Saya dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan di sebelah petang bagi mendepani beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page