top of page

PM tiba di Riyadh bincang isu keganasan Israel

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 20, 2023
1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi untuk menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN yang diadakan hari ini.


"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi tepat jam 8 malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN yang akan berlangsung awal pagi esok.

"Lawatan kerja ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik demi Malaysia tercinta," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


PM pada Khamis lalu dalam penerangan mengenai lawatan itu di Dewan Rakyat berkata, persidangan itu akan mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.


Katanya, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah menelefon beliau meminta agar lawatan rasminya disambung sehari pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.


"Saya akan berbincang dengan teman lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Turkiye, sama ada perlu untuk mengadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin negara lain.

"Sesuatu lebih segera harus dilakukan. Barat dan Eropah mengambil sikap kepura-puraan dan hipokrit, keras terhadap Rusia dalam isu Ukraine dan mengizinkan kezaliman berterusan (di Palestin)," katanya.


Semasa di Riyadh, Anwar juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pelaburan dengan beberapa firma selain bertemu rakyat Malaysia yang bekerja di sana.


* Foto: Fath Rizal PMO

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page