top of page

PM tiba di Madinah ziarah makam Nabi Muhammad

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25, 2023
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Madinah hari ini menjalani ibadah ziarah ke makam junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Di samping itu, PM juga mengambil kesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.


"Saya bersama Azizah dan delegasi ke Madinah al Munawwarah untuk majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah.


"Kami kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Masjid Nabawi," katanya.


ree
DS Anwar bertemu pelajar Malaysia di Madinah

Anwar berbesar hati meneima penghormatan sebagai tetamu kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi raudah.


"Alhamdulillah, saya dan delegasi diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarahi Raudhah dan Makam baginda Nabi Muhammad SAW," katanya dalam catatan di Facebook.


PM dan delegasi Malaysia melawat Arab Saudi sejak Khamis lepas atas undangan kerajaan Arab Saudi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page