top of page

PM tiba di Jerman, mulakan lawatan 5 hari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jerman hari ini dalam kerangka lawatan 5 hari ke negara itu.


Menurut Anwar, lawatan ke Jerman adalah atas undangan kerajaan berkenaan untuk menemui pemimpin politik dan industri di sana.


"Alhamdulillah, selamat tiba di kota Berlin bagi memulakan lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman.


"Saya juga turut disertai Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


"Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan pemimpin Jerman membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu," katanya dalam catatan di Facebook.


Dalam kunjungan berkenaan, kata Anwar, beliau akan cuba menarik seberapa banyak pelaburan baharu dari negara ekonomi terkuat di Eropah barat itu.


"Lawatan ini juga membolehkan saya berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik para pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia.


"Doakan urusan saya dan delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan, InshaAllah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page