top of page

PM terus terima doa, ucapan diberi kesembuhan, kembali berkhidmat

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Lukisan watak perwira perkasa dari seorang kanak kanak istimewa membuat PM Anwar teruja dan terharu dalam waktu rehatnya di rumah selepas pembedahan
Lukisan watak perwira perkasa dari seorang kanak kanak istimewa membuat PM Anwar teruja dan terharu dalam waktu rehatnya di rumah selepas pembedahan

Kepulangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kediaman selepas selesai menjalani pembedahan hernia Isnin lalu, turut mendapat perhatian ramai, dengan pelbagai komen masyarakat yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat beliau.


Dalam keadaan perlu memberi ruang kepada tubuh untuk berehat, Anwar tetap menerima doa dan sokongan daripada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan beliau.


Dalam hantara terbaharu di Facebooknya petang ini, PM terharu membuka kembali kenangan sebuah lukisan yang diserahkan seorang kanak kanak istimewa dalam program Temu Anwar sedikit masa lalu.


"Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini.


"Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih," katanya.


Manakala bagi rakyat, kesediaan Anwar yang juga Presiden KEADILAN menjalani rawatan serta mengambil langkah menjaga kesihatan menjadi gambaran bahawa seorang pemimpin perlu mengutamakan kesihatan dirinya agar dapat terus berkhidmat.


Antara komen yang mencuri perhatian ialah ucapan syukur dan doa agar PM diberikan kesihatan berpanjangan untuk terus memikul amanah sebagai pemimpin negara.


"Alhamdulillah, syukur. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan," tulis seorang pengguna.


Seorang lagi netizen mengingatkan Anwar agar tidak lupa untuk berehat secukupnya.


"Jangan lupa berehat juga DS Anwar. Keringat dan pengorbanan masih diperlukan untuk Malaysia".


Turut mendapat perhatian ialah komen yang menggambarkan penghargaan rakyat terhadap usaha dan komitmen Perdana Menteri berusia 79 tahun itu.


"'Readers are leaders'," tulis seorang pengguna sambil merujuk kepada gambar Anwar yang dilihat membaca buku ketika berada di rumah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page