PM terus bekerja, pastikan nama negara gemilang di sidang BRICS
- Suara Keadilan
- Jul 5
- 2 min read

Usai lawatan rasmi di Perancis, pada waktu para pegawai sedang berehat dalam penerbangan dari Paris ke Rio de Janeiro, Brazil, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk berehat, dan tekun memeriksa nota ucapan serta agenda sepanjang sidang kerjasama antara negara BRICS yang akan dihadiri beliau esok.
Menurut Setiausaha Politik PM, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, disiplin kerja Anwar bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi bagi menggalas tugas berat melonjakkan nama negara di setiap persidangan agar suara Malaysia didengari dunia.
"Di kala staf lain kepenatan, dan saat pesawat sedang membelah ruang udara membawa delegasi Malaysia dari Paris, Perancis ke Rio, Brazil, beliau masih tekun meneliti nota dan bersiap untuk ucapan penting di Sidang Kemuncak BRICS yang dijadualkan akan berlangsung di Rio.
"Ini bukan rutin biasa beliau. Ia adalah cerminan usaha dan kesungguhan beliau untuk memastikan Malaysia bersedia di semua pentas dunia, termasuk BRICS, bagi memanfaatkan setiap peluang demi kemajuan dan kesejahteraan negara," kata Farhan dalam muat naik di Facebook.
Katanya, PM tidak mengambil mudah walaupun pertemuan ringkas dengan pemimpin asing apatah lagi ucapan di sidang bertaraf dunia. Katanya, setiap sesuatu perlu diteliti sebelum saat pengucapan tiba.
"Tidak ada ruang untuk bersantai, and that has always been his style and rhythm. Following him is not for the faint-hearted.
"Justeru, saya percaya tanpa pengorbanan seberat ini, negara akan terus berada di takuk lama. Dan sudah tentu akan timbul suara-suara sumbang yang pelbagai, namun ia tidak sedikit menggoncang keazaman dan iltizam beliau untuk negara
"Beliau percaya di kala dunia yang semakin mencabar dan bergelora, Malaysia mesti bergerak ke hadapan dan berpaut pada asas yang kukuh agar kita terus teguh dan tidak ditinggalkan," katanya lagi.
Sehubungan itu, Farhan berharap rakyat Malaysia mendoakan agar Datuk Seri Anwar dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan agar beliau mampu terus memikul amanah berat demi membangun sebuah Malaysia yang cekal, berketerampilan dan madani.
Comentarios