PM terima kunjungan Yang Dipertua People's Majlis Maldives, kukuh kerjasama parlimen


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat Yang Dipertua People’s Majlis of Maldives, Abdul Raheem Abdulla, sempena rangka lawatan rasmi beliau ke Maldives.
Pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha mempererat hubungan antara Parlimen Malaysia dan People’s Majlis of Maldives, termasuk menerusi pertukaran lawatan, perkongsian pengalaman serta kerjasama lebih erat di bawah Persatuan Parlimen Komanwel.
Menurut Anwar, sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia dan Maldives mempunyai ruang yang luas untuk saling menimba pengalaman, khususnya dalam usaha memperkukuh institusi serta meningkatkan keupayaan sektor awam.
Kerjasama antara institusi legislatif kedua-dua negara turut dilihat berpotensi menyumbang kepada usaha memantapkan tatakelola, memperkukuh institusi dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam.
Kunjungan tersebut menjadi sebahagian daripada agenda lawatan rasmi PMX ke Maldives dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.




Comments