top of page

PM terima kunjungan hormat TPM Thailand

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 8, 2022
1 min read


Pengiktirafan ke atas Perdana Menteri ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus diterima. Terbaharu Timbalan Perdana Menteri Thailand, TYT Prawit Wongsuwan mengunjungi beliau di Seri Perdana, tengahari tadi.


"Saya mengambil kesempatan memperkenalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan kepada beliau.


"Malaysia dan Thailand punyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama dan saya menzahirkan harapan agar ia terus diperkasa melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan," katanya dalam kenyataan ringkas sempena lawatan TPM Thailand berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page