top of page

PM terima kunjungan 16 Ketua Perwakilan Diplomatik



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara.


Melalui satu hantaran di Facebooknya Anwar menjelaskan, mereka bertukar-tukar pandangan berkenaan dasar dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia selain aspirasi dan perspektif isu domestik yang menjadi keutamaan kerajaan, terutama selepas pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas.


"Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik.


"Moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, insya-Allah," kata Anwar.


Antara yang hadir dalam kunjungan itu ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Nadzirah Osman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Muzafar Shah Mustafa.


Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Belanda Roseli Abdul, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Rus Shazila Osman dan Duta Besar Malaysia ke Mexico Jamal Sharifuddin Johan.


Kesemua 15 Ketua Perwakilan Diplomatik itu menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Okt lepas, manakala Nadzirah menerima surat pelantikan daripada Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir sehari sebelumnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page